memandangkan sudah lama saya tidak menulis dalam bahasa melayu, saya akan cuba menulis dalam bahasa melayu kali ini (pasar+bukan pasar+rojak) dengan harapan dapat mengasah bahasa melayu saya kembali... Manalah tahu, saya ingin menukar kerjaya menjadi seorang pendidik dalam pendidikan bahasa melayu sahaja(malay specialisation la). Itupun kalau menteri pendidikan membenarkan kerana mereka tidah memberikan apa yg saya inginkah bagi 3 permohonan saya yg lalu, iaitu untuk menjadi pendidik di peringkat sekolah rendah. Ia adalah kerana matapelajaran yang saya ambil lebih berpihak kepada kurikulum sekolah menengah. menyesal aku amik geography.. argh!!
Seminar Perguruan yg saya hadiri tidak berapa lama dahulu juga kurang memberikan saya perangsang atau motivasi untuk menerajui bidang pendidikan dalam sekolah menengah, lebih lebih lagi 2 subjek yg diberikan kepada saya bagi 3 permohonan saya yang lepas merangkumi aspek humanities (tak tau humanities dlm bahasa melayu tuh aper) dan bahasa (languages). Guru kanan dalam seminar tersebut dengan terus terang mengatakan kombinasi subjek tersebut adalah yang paling mencabar cos' of marking demands.... mungkin pada masa akan datang, saya akan cuba memohon lagi bagi pendidikan bahasa melayu sahaja (itupun kalau tak kena blacklist. Maklumlah dah 3 kali saya reject offer) kerana saya juga mengambil bahasa Melayu 'A' (sastera) utk peperiksaan peringkat A - Salina, Tiga Warna Bertemu, Seorang Tua Di Kaki Gunung dan tak tau apa lagi..
pada tahap ini, saya kurang pasti apakah tujuan asal saya menulis ..hmm..takperlah...sebelum saya terus menerus menulis sesuatu yg tiada penghujungnya, izinkan saya mengundur diri, terimalah salam mesra ikhlas dari hati, Selamat Menyambut Lebaran Yg Bakal Menjelma Tidak Lama Lagi!
:)
-- tea's thoughts --
1:46 PM
|